Assalamualaikum semua!!!!!
nie de stu cte tntg seorang yg brnme hitler......
mari kita rmai2 bce....!!!!
Sejarah awal
Pada 6:30 petang 20 April, 1889, beliau telah dilahirkan disebuah perkampungan kecil Braunau Am Inn, Austria berhampiran dengan sempadan Jerman di Bavaria.
Bapanya, Alois Hitler seorang pegawai kastam telah berkahwin sebanyak dua kali sebelum mengahwini ibu Hitler, iaitu Klara Pölzl. Sebelum melahirkan beliau, ibunya telah melahirkan dua anak lelaki dan seorang anak perempuan. Malangnya, ketiga-tiga anaknya mati pada usia yang muda. Oleh itu, apabila beliau dilahirkan, ibunya telah memanjakannya bagai 'menatang minyak yang penuh'.
Pada usia enam tahun, beliau masuk gred pertama di sebuah sekolah awam di Fischlham berhampiran Linz,Austria. Pada tahun yang sama bapanya telah bersara dan dari situ bermulanya zaman kesusahan bagi keluarga Hitler. Bapanya yang biasa dengan disiplin di tempat kerjanya telah cuba untuk mengamalkannya di rumah. Abang angkatnya, Alois Jr., sering dipukul oleh bapanya dan pada umur 14 tahun, dia telah lari dari rumah. Akibatnya, Hitler pula telah menjadi mangsa kezaliman bapanya.
Sewaktu di sekolah rendah beliau telah menunjukkan bakatnya dalam beberapa bidang seperti lukisan dannyanyian. Malah sewaktu belajar di sebuah sekolah Katolik, beliau pernah menyertai kumpulan koir di situ di mana beliau dipuji kerana suaranya yang merdu. Di samping itu, beliau amat meminati seni reka bangunan dan mampu melakarkan semula sebuah bangunan hanya dengan menggunakan ingatannya. Kegemarannya yang lain ialah membaca buku terutamanya kisah koboi dan Indian dari Amerika Syarikat dan juga kisah perang yang melibatkan Empayar Jerman yang lampau. Namun demikian, beliau sangat lemah dalam mata pelajaran matematik dan juga bahasa.
Oleh itu sebelum melangkah kesekolah menengah, beliau ingin masuk kesekolah berjurusan klasik di mana beliau boleh belajar lebih mendalam tentang lukisan. Namun bapanya membantah, dan mahukan anaknya masuk kesekolah teknik dan menjadi seorang pegawai kerajaan. Oleh itu, Hitler terpaksa akur dengan kehendak bapanya dan memasuk kesekolah teknik. Tetapi beliau sering berselisih dengan bapanya sehinggalah bapanya meninggal dunia secara tiba-tiba pada Januari 1903 akibat pendarahan paru-paru.
Zaman remajanya
Selepas bapanya meninggal dunia, Hitler menjadi seperti "layang-layang terputus tali". Beliau melakukan apa sahaja yang disukainya tanpa menghiraukan orang lain. Grednya semakin menurun dan beliau sering melakukan perkara yang nakal di sekolah dan menentang autoriti guru-gurunya. Semasa di sekolah, beliau hanya meminati dua subjek iaitu sejarah dan lukisan. Beliau amat mengkagumi guru sejarahnya, Dr. Leopold Pötsch, yang suka menceritakan tentang perwira-perwira Jerman yang lampau. Pada usia awal remaja beliau amat meminati nasionalisme Jerman dan lukisan serta seni reka.
Sewaktu berusia 15 tahun beliau diserang pendarahan paru-paru suatu penyakit turun temurun dan setahun kemudian meninggalkan alam persekolahan atas alasan kesihatan. Selepas itu beliau membuang masanya berjalan disekitar bandar raya Linz, Austria, melawati muzium, opera, dan duduk ditebing Sungai Danube sambil bermimpi menjadi seorang pelukis yang terkenal.
Pada usia 17 tahun beliau melawat ibu negara Austria iaitu Vienna. Beliau amat kagum dengan keindahan seni reka bangunan disana seperti opera house dan bangunan Parlimen serta bangunan disekitar Ring Boulevard. Justeru itu, beliau mengambil keputusan untuk mendaftar di "Vienna Academy of Fine Arts" sebuah sekolah kesenian yang berprestij. Setahun kemudian beliau mengeluarkan wang harta pusakanya untuk tinggal dan belajar di Vienna. Pada masa ini ibunya semakin tenat akibat penyakit barah payudara. Namun cita-cita beliau yang tinggi untuk menjadi seorang pelukis terkemuka telah membuat beliau meninggalkan ibunya sendiri. Walaupun begitu cita-cita beliau musnah apabila gagal dalam peperiksaan kemasukan akademi tersebut. Malah beliau telah gagal peperiksaan ini sebanyak dua kali dan tidak berjaya memasuki akademi yang berprestij ini. Kesedihan ini bertambah apabila ibunya meninggal dunia pada Disember 1907.
Selepas kematian ibunya, Hitler masih mencuba nasibnya di Vienna. Dengan gaya hidupnya yang mewah, pendapatan Hitler semakin menurun dan akhirnya beliau terpaksa tidur di bangku tamanparkbenches dan bergantung pada derma daripada orang ramai. Kehidupannya yang sengsara ini telah menjadikannya berhati keras dan mempunyai mentaliti untuk terus hidup (survival) dan tiada ruang untuk belas kasihan.
Pada usia 21 tahun beliau mendapat mata pencariannya melalui penjualan gambar-gambar bangunan yang disalin dari poskad. Selain itu beliau mula membaca buku-buku falsafah dari penulis sepertiNietzsche, Hegel, Fichte, Treitschke dan Houston Stewart Chamberlain.
Kebangkitan Hitler sebagai Fuhrer parti Nazi
Hitler dibebaskan dari penjara pada 20 Disember, 1924. Jerman pada waktu itu sedang mengalami pemulihan ekonomi dan rakyatnya mula yakin kembali dengan sistem demokratik negara. Antara1924 hingga 1929, partinya mengalami zaman yang malap. Sewaktu pilihan raya 1924 dan 1928, parti NSDAP memenangi kerusi yang sedikit di Reichstag iaitu kurang daripada 20 kerusi. Pada waktu ini, beberapa orang penting telah menyertai parti NSDAP iaitu Joseph Goebbels dan Heinrich Himmler. Mereka kemudiannya menjadi penyokong Hitler yang paling berpengaruh semasa beliau memimpin negara Jerman.
Walaupun begitu nasib mula menyebelahi Hitler pada 1929, apabila Amerika Syarikat dilanda Kemelesatan Besar akibat kejatuhan di Wall Street. Pada akhir 1930, hampir 4 juta rakyat Jerman telah menjadi penganggur. Sokongan kepada parti NSDAP semakin melonjak. Pada tahun 1929 parti NSDAP memenangi undi majoriti dalam pengundian bandar Coburg, dan kemudiannya memenangi pengundian daerah Thuringia. Akhirnya pada pilihan raya umum September 1930, parti pimpinan Hitler telah menambahkan kerusinya dari 14 ke 107, menjadikannya parti kedua terbesar di Reichstag.
Pada 1932, parti NSDAP telah menjadi parti terbesar di Reichstag, namun parti beliau disekat oleh parti lain seperti parti Jerman Sosial Demokrat dan parti Komunis Jerman. Sebelum ini, beliau telah berulang kali meminta Presiden Paul von Hindenburg untuk menjadi Canselor tetapi telah menemui kegagalan. Akhirnya beliau telah hilang sabar dengan demokrasi dan melancarkan keganasan terhadap penyokong sosialisme dan komunisme. Ramai penyokong parti telah dibunuh dan beberapa ahli parti Nazi telah dipenjarakan. Akibatnya, ramai rakyat Jerman menolak Nazi yang dianggap sebagai parti samseng dan pada pilihan raya 1932, sokongan parti ini telah menurun. Manakala, parti komunis pula telah mendapat sokongan padu dan telah berjaya menambah bilangan kerusi di Parlimen sebanyak 100 kerusi.
Walaupun begitu, Hitler telah menggunakan kemenangan parti komunis sebagai suatu kesempatan untuk mencetus huru-hara. Beliau dengan jentera propagandanya telah berusaha menakutkan rakyat jelata dengan menyebarkan berita kononnya kebangkitan Bolshevik akan berlaku dan hanya NSDAP mampu membendungnya. Beberapa ahli perniagaan terkenal yang risau dengan revolusi tersebut telah merayu kepada Paul von Hindenburg supaya Hitler dilantik sebagai Canselor. Hindenberg akhirnya terpaksa akur dengan desakan mereka dan melantik Hitler yang berusia 43 tahun sebagaiPerdana Menteri 'Chancellor' Jerman.
Adolf Hitler | |
![]() | |
Jawatan | Canselor (Reichskanzler)/ Ketua Negara (Führer und Reichskanzler) |
---|---|
Tempoh perkhidmatan | Canselor: 30 Januari 1933- 30 April 1945 Presiden: 2 Ogos 1934- 30 April 1945 |
Timbalan | Tiada maklumat |
Menurut | Canselor:Kurt Von Scleicher Presiden:Paul von Hindenberg |
Menggantikan | Canselor:Joseph Goebbels Presiden:Karl Dönitz |
Parti politik | Parti Buruh Jerman Sosialis Nasional (NSDAP) |
Tarikh lahir | 20 April 1889 |
Tempat lahir | Braunau Am Inn, Austria |
Tarikh kematian | 30 April 1945 |
Tempat kematian | Berlin, Jerman |
inilah adolf hitler kawan2!!!!!!
ambik lah iktibar tntg dye nie...
LIKE it! bro!
ReplyDeletehahaha.....tanks bro.....
ReplyDelete