Powered By Blogger

Friday, 23 September 2011

Adolf Hitler!!!!!



Assalamualaikum semua!!!!!
nie de stu cte tntg seorang yg brnme hitler......


mari kita rmai2 bce....!!!!






Sejarah awal
Pada 6:30 petang 20 April, 1889, beliau telah dilahirkan disebuah perkampungan kecil Braunau Am Inn, Austria berhampiran dengan sempadan Jerman di Bavaria.
Bapanya, Alois Hitler seorang pegawai kastam telah berkahwin sebanyak dua kali sebelum mengahwini ibu Hitler, iaitu Klara Pölzl. Sebelum melahirkan beliau, ibunya telah melahirkan dua anak lelaki dan seorang anak perempuan. Malangnya, ketiga-tiga anaknya mati pada usia yang muda. Oleh itu, apabila beliau dilahirkan, ibunya telah memanjakannya bagai 'menatang minyak yang penuh'.

Hitler (panggilan manja 'Adi') semasa bayi
Pada usia enam tahun, beliau masuk gred pertama di sebuah sekolah awam di Fischlham berhampiran Linz,Austria. Pada tahun yang sama bapanya telah bersara dan dari situ bermulanya zaman kesusahan bagi keluarga Hitler. Bapanya yang biasa dengan disiplin di tempat kerjanya telah cuba untuk mengamalkannya di rumah. Abang angkatnya, Alois Jr., sering dipukul oleh bapanya dan pada umur 14 tahun, dia telah lari dari rumah. Akibatnya, Hitler pula telah menjadi mangsa kezaliman bapanya.
Sewaktu di sekolah rendah beliau telah menunjukkan bakatnya dalam beberapa bidang seperti lukisan dannyanyian. Malah sewaktu belajar di sebuah sekolah Katolik, beliau pernah menyertai kumpulan koir di situ di mana beliau dipuji kerana suaranya yang merdu. Di samping itu, beliau amat meminati seni reka bangunan dan mampu melakarkan semula sebuah bangunan hanya dengan menggunakan ingatannya. Kegemarannya yang lain ialah membaca buku terutamanya kisah koboi dan Indian dari Amerika Syarikat dan juga kisah perang yang melibatkan Empayar Jerman yang lampau. Namun demikian, beliau sangat lemah dalam mata pelajaran matematik dan juga bahasa.
Oleh itu sebelum melangkah kesekolah menengah, beliau ingin masuk kesekolah berjurusan klasik di mana beliau boleh belajar lebih mendalam tentang lukisan. Namun bapanya membantah, dan mahukan anaknya masuk kesekolah teknik dan menjadi seorang pegawai kerajaan. Oleh itu, Hitler terpaksa akur dengan kehendak bapanya dan memasuk kesekolah teknik. Tetapi beliau sering berselisih dengan bapanya sehinggalah bapanya meninggal dunia secara tiba-tiba pada Januari 1903 akibat pendarahan paru-paru.

Zaman remajanya

Selepas bapanya meninggal dunia, Hitler menjadi seperti "layang-layang terputus tali". Beliau melakukan apa sahaja yang disukainya tanpa menghiraukan orang lain. Grednya semakin menurun dan beliau sering melakukan perkara yang nakal di sekolah dan menentang autoriti guru-gurunya. Semasa di sekolah, beliau hanya meminati dua subjek iaitu sejarah dan lukisan. Beliau amat mengkagumi guru sejarahnya, Dr. Leopold Pötsch, yang suka menceritakan tentang perwira-perwira Jerman yang lampau. Pada usia awal remaja beliau amat meminati nasionalisme Jerman dan lukisan serta seni reka.
Sewaktu berusia 15 tahun beliau diserang pendarahan paru-paru suatu penyakit turun temurun dan setahun kemudian meninggalkan alam persekolahan atas alasan kesihatan. Selepas itu beliau membuang masanya berjalan disekitar bandar raya LinzAustria, melawati muziumopera, dan duduk ditebing Sungai Danube sambil bermimpi menjadi seorang pelukis yang terkenal.
Pada usia 17 tahun beliau melawat ibu negara Austria iaitu Vienna. Beliau amat kagum dengan keindahan seni reka bangunan disana seperti opera house dan bangunan Parlimen serta bangunan disekitar Ring Boulevard. Justeru itu, beliau mengambil keputusan untuk mendaftar di "Vienna Academy of Fine Arts" sebuah sekolah kesenian yang berprestij. Setahun kemudian beliau mengeluarkan wang harta pusakanya untuk tinggal dan belajar di Vienna. Pada masa ini ibunya semakin tenat akibat penyakit barah payudara. Namun cita-cita beliau yang tinggi untuk menjadi seorang pelukis terkemuka telah membuat beliau meninggalkan ibunya sendiri. Walaupun begitu cita-cita beliau musnah apabila gagal dalam peperiksaan kemasukan akademi tersebut. Malah beliau telah gagal peperiksaan ini sebanyak dua kali dan tidak berjaya memasuki akademi yang berprestij ini. Kesedihan ini bertambah apabila ibunya meninggal dunia pada Disember 1907.
Selepas kematian ibunya, Hitler masih mencuba nasibnya di Vienna. Dengan gaya hidupnya yang mewah, pendapatan Hitler semakin menurun dan akhirnya beliau terpaksa tidur di bangku tamanparkbenches dan bergantung pada derma daripada orang ramai. Kehidupannya yang sengsara ini telah menjadikannya berhati keras dan mempunyai mentaliti untuk terus hidup (survival) dan tiada ruang untuk belas kasihan.
Pada usia 21 tahun beliau mendapat mata pencariannya melalui penjualan gambar-gambar bangunan yang disalin dari poskad. Selain itu beliau mula membaca buku-buku falsafah dari penulis sepertiNietzscheHegelFichteTreitschke dan Houston Stewart Chamberlain.

Kebangkitan Hitler sebagai Fuhrer parti Nazi

Hitler dibebaskan dari penjara pada 20 Disember1924. Jerman pada waktu itu sedang mengalami pemulihan ekonomi dan rakyatnya mula yakin kembali dengan sistem demokratik negara. Antara1924 hingga 1929, partinya mengalami zaman yang malap. Sewaktu pilihan raya 1924 dan 1928, parti NSDAP memenangi kerusi yang sedikit di Reichstag iaitu kurang daripada 20 kerusi. Pada waktu ini, beberapa orang penting telah menyertai parti NSDAP iaitu Joseph Goebbels dan Heinrich Himmler. Mereka kemudiannya menjadi penyokong Hitler yang paling berpengaruh semasa beliau memimpin negara Jerman.
Walaupun begitu nasib mula menyebelahi Hitler pada 1929, apabila Amerika Syarikat dilanda Kemelesatan Besar akibat kejatuhan di Wall Street. Pada akhir 1930, hampir 4 juta rakyat Jerman telah menjadi penganggur. Sokongan kepada parti NSDAP semakin melonjak. Pada tahun 1929 parti NSDAP memenangi undi majoriti dalam pengundian bandar Coburg, dan kemudiannya memenangi pengundian daerah Thuringia. Akhirnya pada pilihan raya umum September 1930, parti pimpinan Hitler telah menambahkan kerusinya dari 14 ke 107, menjadikannya parti kedua terbesar di Reichstag.
Pada 1932, parti NSDAP telah menjadi parti terbesar di Reichstag, namun parti beliau disekat oleh parti lain seperti parti Jerman Sosial Demokrat dan parti Komunis Jerman. Sebelum ini, beliau telah berulang kali meminta Presiden Paul von Hindenburg untuk menjadi Canselor tetapi telah menemui kegagalan. Akhirnya beliau telah hilang sabar dengan demokrasi dan melancarkan keganasan terhadap penyokong sosialisme dan komunisme. Ramai penyokong parti telah dibunuh dan beberapa ahli parti Nazi telah dipenjarakan. Akibatnya, ramai rakyat Jerman menolak Nazi yang dianggap sebagai parti samseng dan pada pilihan raya 1932, sokongan parti ini telah menurun. Manakala, parti komunis pula telah mendapat sokongan padu dan telah berjaya menambah bilangan kerusi di Parlimen sebanyak 100 kerusi.
Walaupun begitu, Hitler telah menggunakan kemenangan parti komunis sebagai suatu kesempatan untuk mencetus huru-hara. Beliau dengan jentera propagandanya telah berusaha menakutkan rakyat jelata dengan menyebarkan berita kononnya kebangkitan Bolshevik akan berlaku dan hanya NSDAP mampu membendungnya. Beberapa ahli perniagaan terkenal yang risau dengan revolusi tersebut telah merayu kepada Paul von Hindenburg supaya Hitler dilantik sebagai Canselor. Hindenberg akhirnya terpaksa akur dengan desakan mereka dan melantik Hitler yang berusia 43 tahun sebagaiPerdana Menteri 'Chancellor' Jerman.
Adolf Hitler
frames
JawatanCanselor (Reichskanzler)/
Ketua Negara (Führer und Reichskanzler)
Tempoh perkhidmatanCanselor:
30 Januari 1933-
30 April 1945
Presiden:
2 Ogos 1934-
30 April 1945
TimbalanTiada maklumat
MenurutCanselor:Kurt Von Scleicher
Presiden:Paul von Hindenberg
MenggantikanCanselor:Joseph Goebbels
Presiden:Karl Dönitz
Parti politikParti Buruh Jerman Sosialis Nasional (NSDAP)
Tarikh lahir20 April 1889
Tempat lahirBraunau Am InnAustria
Tarikh kematian30 April 1945
Tempat kematianBerlinJerman














inilah adolf hitler kawan2!!!!!!
ambik lah iktibar tntg dye nie...

Thursday, 22 September 2011

Kereta Yang Termahal Di Dunia!!!!!!

assalamualaikum......
kali ini sye mahu brkgsi tntg kereta yg termahl!!!!!!
mst gmpk pyer....!!!






di sini terdpt......
10 kereta termahal dlam dunia ini
Peminat Kereta....check them out.....unbelivable

# 1 




#1. Bugatti Veyron 16.4
Country of Origin: France
Price: $1,192,057 (RM 4,168,228)
The Veyron uses a 16-cylinder, 1001-hp motor.
With
its notorious production delays finally over, Bugatti's Veyron is now
on sale in Europe--and the company wants to bring it to the U.S.



# 2




#2. Pagani Zonda Roadster F C12S 7.3, Clubsport version
Country of Origin: Italy
Price: $667,321 (RM 2,669.284)
Pagani is a boutique automaker that builds radical-looking race cars. This version of its Zonda flagship has 650 hp
This expensive new model has helped the Zonda remain in second place on our list, where it ended up last year



# 3


#3. SSC Ultimate Aero
Country of Origin: U.S.
Price: $654,500 (RM 2,618,000)
The
most expensive American car is also the fastest. Automaker SSC
estimates this vehicle is capable of hitting 260 to 273 mph on the
track.
The Ultimate Aero uses a 1,046-hp V-8.






#4.
Country of Origin: Switzerland
Price: $645,084 (RM 2,580,336)
Leblanc
is ramping up production of its new Mirabeau supercar. The company
hopes to make the vehicle street-legal for the U.S. by the end of 2006
or early 2007.
The Mirabeau is a mid-engine race car that can put out over 700 hp



# 5




#5. Saleen S7 Twin Turbo
Country of Origin: U.S.
Price: $637,723 (RM 2,550,892)
Saleen's
S7 Twin Turbo has fallen to fifth place from first last year, because
all four nameplates ahead of it in this year's ranking are new. But the
S7 remains one of the more recognizable (that's a relative term here)
models on the list.
The S7 uses a 750-hp V-8. It can accelerate from zero to 60 mph in under three seconds.



# 6




#6. Koenigsegg CCR
Country of Origin: Sweden
Price: $545,568 (RM 2,182,278)
Koenigsegg's CCR uses an 806-hp V-8.
At the recent Geneva Motor Show, Koenigsegg unveiled the CCX, a derivative of its CC family that is street-legal for the U.S.



# 7

#7. Mercedes-Benz SLR McLaren
Country of Origin: Germany
Price: $452,750 (RM 1,811,000)
A
mainstay on our lists of the world's fastest and most expensive cars,
the delightful SLR McLaren is about as comfortable and sophisticated as
a street-legal race car can be.
The SLR is a collaboration between Mercedes and legendary British race car builder McLaren.



# 8


#8. Maybach 62
Country of Origin: Germany
Price: $448,153 (RM 1,792,612)
Maybach's
62 ultra-luxury sedan is made by Mercedes-Benz, which has shocked us by
proving that a car that is this expensive to build can turn a profit.
While
the European-spec Maybach 62 is more expensive than the European SLR
McLaren, the U.S. version of the SLR is more expensive than any Maybach.



# 9


#9. Porsche Carrera GT
Country of Origin: Germany
Price: $440,000 (RM 1,760,000)
Some
automotive publications claim Porsche has stopped selling its Carrera
GT supercar. But at press time, Porsche confirmed that its $440,000
flagship convertible is still available in the U.S.
The Carrera GT uses a ten-cylinder engine--a type of power plant that is rarely seen outside of racing.





# 10


#10. Maybach 57 S
Country of Origin: Germany
Price: $430,355 (RM 1,721,420)
Maybach's new model, the 57 S, is designed to be a sportier alternative to its other cars, the 57 and 62.
The 57 S has more power than the 57 or 62, 604 hp versus 543






nie sje lah yg sye dpat kgsi kat sume.....
marilah kita semua mnmbh pegatuhan kita....
ok lah...tanks sume spe yg bce..